Berita
Cha sumbang RM12,000 kepada Surau Bukit Kepayang
RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin memberikan sumbangan kewangan RM12,000 kepada Surau At-Taqwa Bukit Kepayang.
Cha berkata sumbangan ini bertujuan untuk menaiktaraf surau tersebut seperti meluaskan ruang solat.
“Saya berharap dengan projek naiktaraf, ianya dapat memberikan keselesaan kepada jemaah di sini,” kata Cha.
Sumbangan dalam bentuk cek ini diserahkan kepada Pengerusi surau.