Berita
Cha sumbang RM2,000 kepada Persatuan Belia Kampung LBJ
RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM2,000 kepada Persatuan Belia Kampung LBJ.
Cha berkata, sumbangan tersebut bagi membantu persatuan itu menjalankan aktiviti sukaneka di kampung mereka.
“Program ini sangat baik untuk kesihatan dan dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk di sini.
“Semoga penganjuran aktiviti seperti ini juga menggalakkan golongan anak muda terlibat dalam aktiviti yang sihat,” kata Cha.