Berita

Cha sumbang RM3,000 kepada PIBG SK Bandar Enstek

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin telah menyumbang RM3,000 kepada PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Enstek.

“Saya harap sumbangan ini membantu PIBG menjalankan pelbagai aktiviti demi kecemerlangan pelajar sekolah ini.

“Pada tahun lepas saya juga telah menyumbang RM15,000 untuk pembinaan Laman Minda.,” kata Cha.

Pegawai Khas, Encik Azhar Kassim mewakili Cha telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Yang DiPertua PIBG.

Azhar mewakili Cha turut merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan kali ke-7 PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Enstek.

Show More

Related Articles

Back to top button