Berita

Ayam kampung mampu menjadi sumber ekonomi negara

MUADZAM SHAH: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Dato’ Seri Mohamad Sabu, telah meninjau projek penyelidikan Ayam Saga di MARDI Muadzam Shah, Pahang, selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Benih Negara (MBN) Bil. 2 Tahun 2025.

Mohamad berkata, Ayam Saga merupakan hasil penyelidikan MARDI sejak 2008, dibangunkan sepenuhnya daripada baka ayam kampung tempatan tanpa campuran baka luar.

“Ayam ini bersifat dua fungsi sesuai untuk daging dan telur, cepat membesar serta tahan lasak.

“Setakat ini, lebih 1.3 juta ekor Ayam Saga telah dikeluarkan di bawah RMK-12, dan permintaan terus meningkat.

“MARDI kini giat memperluas pengeluaran melalui ladang pembaka di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“KPKM komited menyokong usaha penyelidik dan penternak dalam memperkukuh industri ayam kampung tempatan serta menjayakan agenda keterjaminan makanan negara.

“Ayam kampung tempatan, jika dibangunkan secara sistematik, mampu menjadi sumber ekonomi yang mampan dan simbol kebanggaan negara,” kata Mohamad.

Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah Ketua Setiausaha KPKM, Dato’ Seri Isham Ishak, bersama wakil kementerian lain seperti Kementerian Ekonomi, MOSTI dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Rombongan disambut oleh Ketua Pengarah MARDI, Dato’ Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani.

Show More

Related Articles

Back to top button