Berita

Wanita KeADILan Jempol ikrar menyokong penuh kepimpinan Aminuddin

JEMPOL: Wanita KeADILan Cabang Jempol dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) mengambil ketetapan menyokong penuh kepimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Wanita KeADILan Cabang Jempol berikrar memberi sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan Dato’ Seri Aminuddin.

“Kami akan gerakkan pelbagai aktiviti yang boleh dirasai oleh segenap lapisan masyarakat,” kata Ketua Wanita KeADILan Cabang Jempol, Puan Kamaliah Othman.

Sementara itu Ketua Cabang KeADILan Jempol, Saudara Rebin Birham berkata, beliau berharap Wanita KeADILan Cabang Jempol dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi kelangsungan pemerintahan Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Mesyuarat dirasmikan oleh Ketua Wanita KeADILan Negeri Sembilan, Puan Amni Idris di Dewan Pejabat Penyelaras DUN Palong, Pusat Bandar Felda Palong 4, 5 & 6.

Show More

Related Articles

Back to top button