Berita

DSAI rasmi Hotel Pacific Regency Beach Resort Port Dickson

Membuka peluang pekerjaan dan merancakkan sektor pelancongan

PORT DICKSON: Setelah terbengkalai selama 25 tahun, Hotel Pacific Regency Beach Resort Port Dickson yang terletak di Pantai Teluk Kemang telah memulakan operasinya. Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim merasmikan pembukaan hotel ini.

“Hotel ini dilengkapi dengan pelbagai fasiliti terbaik dan sudah pasti ia menjanjikan penginapan yang selesa untuk kemudahan dan keselesaan kepada para pengunjung.

“Saya berharap hotel ini dapat merancakkan sektor pelancongan di Port Dickson dan secara tidak langsung mendukung peluang pekerjaan kepada warga Port Dickson dan sekitarnya,” kata Anwar dalam ucapan perasmian.

Show More

Related Articles

Back to top button