Berita

DSAI santuni ‘frontliners’ Pusat Kuarantin Covid-19 Port Dickson

Anwar menyumbang 'dispenser air' dan selimut kepada 'frontliners' dan pesakit

PORT DICKSON: Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyantuni ‘frontliners’ di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Covid-19 (PKRC), Politeknik Port Dickson bagi menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan dan pesakit.

Menurut Anwar, PKRC Port Dickson menempatkan pesakit berisiko rendah dari Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan juga Hospital Rembau dan Hospital Tampin.

“Ketika ini, PKRC Port Dickson telah menempatkan hampir 600 pesakit dan angka ini akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan dan keperluan.

“Sekalung penghargaan buat semua 159 petugas kesihatan, petugas perubatan dan juga petugas dari setiap agensi yang komited kepada tanggungjawab dan amanah yang diberikan,” ujar Anwar.

Show More

Related Articles

Back to top button