Berita

Dua individu hidap kanser terima sumbangan kewangan daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah memberikan sumbangan kewangan kepada dua individu hidap kanser.

Gunasekaren berkata, Encik Mohammad Harun menghidap kanser paru-paru tahap 4.

“Manakala, Puan Zairi Ibrahim pula mengidap kanser hati tahap 4.

“Sumbangan kewangan ini diberikan bagi membantu meringankan beban mereka.

“Hal ini demikian kerana, kos yang diperlukan untuk menjalani rawatan amat tinggi.

“Saya harap mereka berdua tabah menghadapi ujian ini,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button