Berita

Dua kali kutipan hasil negeri catat surplus

SEREMBAN: Sepanjang tempoh lima tahun mentadbir Negeri Sembilan, pimpinan pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berjaya mencatatkn kutipan hasil surplus sebanyak dua kali.

Aminuddin berkata, kali pertama Kerajaan Negeri mencatatkan kutipan hasil surplus adalah pada 2019 dengan kutipan yang dicatatkan sebanyak RM556.44 juta dan surplus sebanyak RM147.47 juta.

“Tahun lalu Kerajaan Negeriberjaya mencatatkan surplus sebanyak RM89.12 juta.

“Dalam pada itu, Negeri Sembilan pernah mencatatkan rizab tertinggi dalam sejarah pentadbiran iaitu sebanyak RM889.75 juta pada 2020.

“Ini menunjukkan kewangan Negeri Sembilan berada dalam keadaan yang kukuh dan stabil.

“Perkara ini juga turut mendapat pujian daripada Duli Yang Maha Muli Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

“Penyata Kewangan Negeri tahun 2021 juga turut dikurniakan Sijil Benar dan Saksama oleh Ketua Audit Negara pada 31 Julai 2022 yang ditanda tangani sehari sebelum Exit Conference.

“Hal ini membuktikan bahawa pengurusan di Negeri Sembilan adalah tulus dan beretika,” kata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button