Berita

Dua lagi masjid baru telah rasmi dibuka

BAHAU: Dua lagi masjid yang menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri telah rasmi dibuka kepada orang ramai.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, ia menunjukkan bahawa komitmen Kerajaan Negeri untuk menegakkan syiar Islam.

“Dua buah masjid tersebut adalah Masjid Seri Kendong, Rembau dan Masjid Pekan Bahau.

“Sebanyak RM7.7 juta diperuntukkan bagi menyiapkan kedua masjid tersebut.

“Saya amat berharap agar institusi masjid ini dapat dijaga dan diimarahkan oleh orang ramai.

“Kepada Ahli Jawatankuasa yang bakal dilantik, lakukanlah pelbagai aktiviti dan program yang boleh mengimarahkan masjid ini,” kata Aminuddin.

Aminuddin turut tambah bahawa masjid merupakan Rumah Allah.

“Oleh hal yang demikian, saya ingin menasihatkan kepada orang ramai agar menjaga masjid ini sebaiknya,” tambah beliau

Show More

Related Articles

Back to top button