Berita

Dua PPS banjir dibuka di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Sebanyak dua Pusat Penempatan Sementara (PPS) telah dibuka di Negeri Sembilan pada pagi ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, PPS pertama adalah di Balairaya Permatang Pasir dan PPS kedua adalah di Sekolah Kebangsaan Jimah.

“Kedua-dua PPS tersebut menempat seramai 93 orang mangsa pada setakat jam 9:00 pagi tadi.

“Saya menyeru semua penduduk, khususnya di kawasan rendah dan berhampiran sungai, supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah.

“Keselamatan keluarga dan nyawa adalah keutamaan.

“Terima kasih juga kepada semua petugas barisan hadapan, sukarelawan dan agensi keselamatan yang terus bertugas memastikan kebajikan mangsa banjir terjaga,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button