Aktiviti

Dua warga emas terima sumbangan makanan dari Ismail

LABU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad telah memberi sumbangan kepada dua warga emas di Kampung Labu Hilir.

Ismail berkata, dua individu tersebut adalah Encik Samad Abu Bakar dan Dato’ Abd Rashid Abdul Hamid.

“Encik Samad Abu Bakar merupakan individu yang telah mencapai lebih satu abad.

“Manakala, Dato’ Abd Rashid Abdul Hamid dalam keadaan yang uzur.

“Semoga sumbangan yang diberikan kepada mereka dapat membantu meringankan beban mereka.

“Terima kasih kepada pengurusan MPKK di DUN Labu yang sentiasa komited mengambil berat menjadi mata dan telinga kepada penduduk,” kata Ismail.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Labu Hilir, Encik Mohamad Hamdan dan Setiausaha MPKK Kampung Labu Hilir, Encik Norazmani Ainin.

Show More

Related Articles

Back to top button