Berita

DUN Negeri Sembilan bubar 30 Jun ini

SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dibubarkan pada 30 Jun ini bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, beliau akan mempersembahkan perkara itu kepada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam masa terdekat.

“Walaubagaimanapun saya akan menghadap Tuanku terlebih dahulu sebelum DUN dibubarkan pada 30 Jun ini; malah sebelum ini pun saya sudah maklum dan biasa bincang dengan Tuanku mengenai tarikh pembubaran DUN.

“Untuk rekod, DUN Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendiri pada 2 Julai ini,” kata Aminuddin di Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri pada Rabu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu Pakatan Harapan memenangi 20 kerusi DUN daripada 36 DUN secara keseluruhannya, manakala BN memenangi di 16 DUN.

Show More

Related Articles

Back to top button