BeritaProgram

Empat tahun menjunjung harapan, pertahan mandat rakyat

Puji dan syukur kepada Allah SWT dengan keizinanNya juga Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan terus stabil meneruskan agenda pentadbiran berteras motto Bersih, Muafakat dan Sejahtera.

Sejak diberi mandat bermula 9 Mei 2018 pelbagai siri kejayaan dan pencapaian telah dinikmati. Tidak kurang juga pelbagai cabaran yang datang dalam usaha memartabatkan agenda rakyat.
Semua ini telah berjaya dilalui hasil muafakat dan komitmen pelbagai pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Agenda rakyat terus diberi keutamaan dalam pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.
Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan setiap tahun menyaksikan pelbagai inisiatif yang telah diperkenalkan meliputi bidang tumpuan ekonomi rakyat, pendidikan, kebajikan, pemerkasaan komuniti, belia dan wanita, kerohanian dan agama, insitusi adat dan pentadbiran.
Senarai pencapaian Negeri Sembilan membuktikan ketelusan dan kesungguhan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri yang dipimpin Pakatan Harapan.
Negeri Sembilan telah mencatatkan nilai pelaburan yang tertinggi dalam sejarah iaitu RM7.93 bilion pada tahun 2020. Manakala, jumlah rizab Kerajaan Negeri masih lagi kukuh, sehingga 15 November 2021 mencatatkan jumlah RM899.25 juta.
Setinggi penghargaan dirakamkan kepada rakyat yang memberikan mandat. Kepercayaan ini akan terus dipertahankan dengan meletakkan rakyat negeri ini sebagai keutamaan dalam setiap perancangan.
Semoga segala usaha yang dilakukan demi kepentingan rakyat diterima oleh Allah SWT sebagai bukti pengabdian kepada-Nya dan dikurniakan Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah SWT jua.
𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘚𝘦𝘮𝘣𝘪𝘭𝘢𝘯 𝘉𝘦𝘳𝘴𝘪𝘩, 𝘔𝘶𝘢𝘧𝘢𝘬𝘢𝘵, 𝘚𝘦𝘫𝘢𝘩𝘵𝘦𝘳𝘢.
𝗬𝗔𝗕 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗔𝗺𝗶𝗻𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗛𝗮𝗿𝘂𝗻
𝘔𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪 𝘉𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘚𝘦𝘮𝘣𝘪𝘭𝘢𝘯 𝘋𝘢𝘳𝘶𝘭 𝘒𝘩𝘶𝘴𝘶𝘴
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat
𝘗𝘦𝘯𝘨𝘦𝘳𝘶𝘴𝘪 𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘗𝘪𝘮𝘱𝘪𝘯𝘢𝘯 𝘗𝘢𝘬𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘏𝘢𝘳𝘢𝘱𝘢𝘯 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘚𝘦𝘮𝘣𝘪𝘭𝘢𝘯
𝘗𝘦𝘯𝘨𝘦𝘳𝘶𝘴𝘪 𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘗𝘪𝘮𝘱𝘪𝘯𝘢𝘯 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘒𝘌𝘈𝘋𝘐𝘓𝘈𝘕 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘚𝘦𝘮𝘣𝘪𝘭𝘢𝘯
Show More

Related Articles

Back to top button