Enam individu dan lima NGO terima sumbangan kewangan daripada Mustapha
PALONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, YB Mustapha Nagoor telah menyumbang bantuan kewangan kepada enam individu dan lima NGO daripada DUN Palong dan Parlimen Jempol.
“Saya menyerahkan sumbangan kewangan peribadi kepada Adik Logesshawary Mani dan Adik Nur Alysha Najwa Mohd Nazari yang akan melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi.
“Saya juga menyumbang bantuan kewangan bagi menampung kos perubatan kepada empat individu yang mengalami masalah kesihatan.
“Mereka ialah Adik Muhammad Afnan Aqeef Amirul Ashraf, Safiah Yusof, Mariam Bidin dan Kamarohzaman Mat Dom,” kata Mustapha.
Sebanyak lima NGO turut menerima sumbangan kewangan daripada Mustapha.
NGO tersebut adalah Persatuan Silat Jambu Lapan, Persatuan Belia (MBFM) Felda Serting Hilir, Persatuan Belia (MBFM) Felda Raja Alias, JKKR Felda Palong 5 dan GPW Felda Palong.