Berita
Enam orang pelajar sekolah terima bantuan daripada Tengku Zamrah

AMPANGAN: Sebanyak enam orang pelajar sekolah telah menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman.
Tengku Zamrah berkata, sumbangan tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Bantuan Anak Sekolah (BAS) sebanyak RM600 seorang.
“Ini merupakan satu usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negeri ini dan memastikan supaya tiada anak-anak yang tercicir.
“Dalam pada itu, saya turut memberikan sumbangan kepada seorang belia yang baru melansungkan perkahwinan.
“Semoga bantuan yang diberikan dapat memberi manfaat serta menyuntik semangat baru kepada penerima,” kata Tengku Zamrah.