Berita

Enam waris MPKK terima sumbangan RM18,000 daripada Aminuddin

SEREMBAN: Enam waris Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menerima sumbangan berjumlah RM18,000 daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, sumbangan Ex-Gratia RM3,000 diberikan kepada setiap waris, berikutan enam ahli jawatankuasa MPKK termasuk seorang pengerusi MPKK telah meninggal dunia.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya menzahirkan ucapan takziah kepada kepada waris-waris ahli jawatankuasa MPKK di atas pemergian insan yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

“MPPK memainkan peranan penting sebagai pemudahcara dan penghubung antara kerajaan dengan masyarakat setempat dan menjadi perantara di peringkat akar umbi yang akan menyalurkan sebarang permasalahan atau aduan kepada pihak yang berkaitan.

“Saya mendoakan semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kesabaran dan sentiasa mendoakan kesejahteraan buat mereka yang telah mendahului kita,” kata Aminuddin di Majlis Penyerahan Sumbangan Ex-Gratia Anggota MPKK yang meninggal dunia di Wisma Negeri.

Aminuddin berkata, sumbangan ini adalah sebagai tanda ingatan dan penghargaan daripada Kerajaan Negeri kepada pengerusi, setiausaha dan ahli jawatankuasa MPKK yang telah meninggal dunia.

Turut hadir, Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Ismail Ahmad; Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato’ Bakri Sawir.

Berikut senarai nama enam ahli jawatankuasa MPKK yang telah meninggal dunia yang warisnya mendapat sumbangan Ex-Gratia daripada Kerajaan Negeri Sembilan:

1. Allahyarham Razali Baharom – MPKK Kampung Felda Jelai 2, Gemas.

2. Mendiang Chen Ten Sang – MPKK Kampung Baru Desa Dangi, Kuala Pilah.

3. Allahyarham Roslan Basri – MPKK Kampung Lonek, Jempol.

4. Mendiang Ngo Ting Chung – MPKK Kampung Tanah Merah Site C, Port Dickson.

5. Allahyarham Zamri Omar – MPKK Kampung Kuala Jempol, Jempol.

6. Allahyarham Ellias Taib – MPKK Kampung Siliau, Rantau.

Show More

Related Articles

Back to top button