Berita

Sambutan Aidilfitri dan Malaysia Madani 7 Mei ini di Seremban

Kehadiran Tuanku Muhriz dan Anwar

SEREMBAN: Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Negeri Sembilan dan sambutan Malaysia Madani akan diadakan pada 7 Mei ini di Dewan Majlis Bandaraya Seremban.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sambutan ini akan bermula pada pukul 10.30 pagi hingga 4.00 petang.

“DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud akan turut berangkat mencemar duli ke majlis tersebut.

“Turut akan hadir memeriahkan majlis, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Saya menjangkakan kehadiran 15,000 orang.

“Saya menjemput seluruh rakyat Negeri Sembilan untuk hadir ke majlis ini,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button