Berita

ERAT@NS pupuk semangat perpaduan nasional: AMINUDDIN

SEREMBAN: ERAT@NS merupakan inisiatif yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri bagi melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bagi memupuk penyatuan dan perpaduan antara kaum.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, peruntukan bagi inisiatif ini telah dinaikkan kepada RM1.5 juta tahun ini berbanding RM1 juta pada tahun lalu.

“Hal ini kerana program yang dianjurkan dibawah ERAT@NS ini mampu menyuburkan semangat toleransi dan saling bergantung antara satu sama lain.

“Amalan menyebarkan dakyah dan momokan buruk terhadap sesuatu kaum atau bangsa hendaklah dihentikan.

“Janganlah disebabkan untuk meraih sokongan politik, kita tergamak mempertaruhkan keamanan negara dengan membakar sentimen dan api kemarahan terhadap sesuatu kaum.

“Besarlah harapan saya agar rasa bersama dan saling hormat menghormati antara satu sama lain terus dipupuk dan disuburkan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian ketika merasmikan pejabat baharu Persekutuan Persatuan Nanyang Yap Si Malaysia di Seremban 2.

Show More

Related Articles

Back to top button