BeritaProgram

Faiz cadang ‘Insuran banjir’ untuk penduduk Tampin

TAMPIN: Calon Pakatan Harapan Parlimen Tampin, YB Faiz Fadzil akan mencadangkan di Parlimen untuk kerajaan memperkenalkan ‘Insurans banjir’ untuk rumah-rumah di zon cenderung banjir dalam Parlimen Tampin.

Faiz berkata, saban tahun Parlimen Tampin terkesan akibat banjir terutama di kawasan Gemas.

“Oleh kerana itu, Tampin memerlukan usaha yang berterusan termasuk dari aspek sistem amaran awal, pencegahan banjir dan paling penting projek tebatan banjir perlu dijalankan segera supaya perubahan iklim yang sedang melanda dunia hari ini tidak menyebabkan banjir teruk kepada penduduk Tampin.

“Kerajaan sepatutnya mengenal pasti zon-zon merah yang lebih berisiko untuk banjir dan seterusnya memberi tumpuan atas kawasan-kawasan ini dari aspek peruntukan dana dan persiapan awal,” katanya.

Faiz memohon pengundi memilih beliau sebagai Ahli Parlimen Tampin dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 November ini agar beliau boleh melaksanakan pelbagai pembaharuan demi kesejahteraan rakyat Tampin.

Show More

Related Articles

Back to top button