Berita

F&N labur RM2 bilion buka ladang ternakan lembu tenusu

Tawar 1,000 peluang pekerjaan

NILAI: Syarikat minuman Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) akan melabur RM2 bilion bagi membuka ladang ternakan lembu tenusu (Dairy Farm) dan kilang memproses susu lembu di Gemas.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek berkata, projek ini akan menawarkan 1,000 peluang pekerjaan.

“Projek ladang ternakan lembu tenusu ini akan dimulakan pada tahun ini dengan pelaburan awal RM700 juta dan akan meningkat kepada RM2 bilion.

“Sebagai permulaan sebanyak 4,000 ekor lembu akan diternak dan akan meningkat kepada 20,000 ekor lembu di ladang yang berkeluasan 6,000 ekar.

“Ladang ternakan lembu tenusu ini akan menghasilkan susu segar kepada pasaran tempatan dan antarabangsa dan dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada Disember 2024,” kata Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button