Berita
Gabungan Persatuan Cina DUN Linggi terima sumbangan RM10,000 dari Arul
LINGGI: Exco Hal Ehwal Bukan Islam, YB J.Arul Kumar telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM10,000 kepada Gabungan Persatuan Cina DUN Linggi.
Arul Kumar berkata, sumbangan tersebut bagi membantu mereka menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosial.
“Semoga sumbangan tersebut digunakan sebaik mungkin,” kata Arul Kumar.
Sumbangan tersebut diberikan kepada Setiausaha Gabungan Persatuan Cina DUN Linggi, Encik Tan Choon Leng.
Turut hadir, Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.