Berita

Gangguan bekalan air di Port Dickson dijangka selesai Mei 2023

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, isu tekanan air rendah di Daerah Port Dickson dijangka akan selesai pada Mei 2023.

“Kontraktor telah dilantik untuk kerja-kerja pembinaan enam buah tangki air dan apabila siap, ia akan menyelesaikan masalah tekanan air rendah di Port Dickson.

“Projek ini akan menyelesaikan masalah gangguan bekalan air termasuk di Lukut, Springhill, Bukit Pelanduk dan Taman PD Utama,” kata Aminuddin yang juga merupakan calon Pakatan Harapan Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ini.

Show More

Related Articles

Back to top button