Berita
Gemencheh Granite serah dividen RM1.5 juta kepada YNS
SEREMBAN: Syarikat Gemencheh Granite Sdn. Bhd. telah menyerahkan dividen sebanyak RM1.5 juta kepada Yayasan Negeri Sembilan (YNS).
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun yang mewakili YNS mengucapkan terima kasih kepada pihak Gemencheh Granite di atas pembayaran dividen tersebut.
“Insya Allah, dividen ini akan dimanfaatkan sebaiknya terutamanya dalam membantu pelajar yang memerlukan di seluruh negeri ini,” kata Aminuddin.