Gerai Penjaja Taman Bukit Sri Senawang telah siap dibina
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren dan Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Puan Jamilah Said Ali telah melawat Gerai Penjaja di Taman Bukit Sri Senawang yang telah disiap dibina.
Gunasekaren dan Jamilah telah mengadakan satu sesi perbincangan berhubung penempatan semula peniaga di tapak penjaja yang baharu ini.
“Penyusunan gerai dan para peniaga yang layak akan ditempatkan di 13 buah lot gerai di tapak penjaja ini dalam masa terdekat bagi membolehkan peniaga menjalankan perniagaan secara sah serta memiliki lesen,” kata Gunasekaren.
Turut hadir, Jabatan Pembersihan Dan Kesihatan Persekitaran MBS, Puan Hidayah; Pembantu Ahli MBS, Encik P.Minnal dan Encik Mugunthan serta Pengerusi DAP Cawangan Taman Senangin, Encik Selvakumaran.