Berita

Gers FC’D juara Pesta Bola Ngoca

PILAH: Pasukan Gers FC’D berjaya menjadi juara Kejohanan Pesta Bola Ngoca bagi kategori lelaki.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, wakil daripada Putrajaya dapat membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000.

“Manakala bagi kategori perempuan pula, Aurel FC daripada Kelantan menjadi juara dan memperoleh wang tunai sebanyak RM8,000.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang pada kejohanan kali ini,” kata Aminuddin.

Dalam pada itu, pasukan daripada negara Vietnam menjadi juara bagi kategori ‘World Cup Sawah’ yang diadakan buat pertama kali dalam kejohanan ini.

Program yang berlangsung selama dua hari itu menyaksikan kehadiran pengunjung daripada dalam dan luar negeri yang tidak henti-henti tiba.

Berikut merupakan keputusan penuh bagi Kejohanan Bola Ngoca 2023

Kategori lelaki:

Johan: Gers FC’D

Naib Johan: Sri Kasih Defender A

Ketiga: Perhentia Ngoca

Kategori Perempuan:

Johan: Aurel FC

Naib Johan: Black Widow Juasseh

Ketiga: REM FC

 

Kategori World Cup Sawah

Johan: Vietnam

Naib Johan: Malaysia

Ketiga: Zambia

Show More

Related Articles

Back to top button