SEREMBAN: Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Negeri Sembilan diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri apabila Belanjawan Negeri Sembilan 2025 menyediakan inisiatif bagi golongan tersebut.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, inisiatif tersebut adalah Sentuhan Prihatin OKU Negeri Sembilan di bawah Bidang Tumpuan Kebajikan.
“RM220 ribu diperuntukkan untuk membantu 44 buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sebagai program sokongan kepada golongan OKU.
“Bantuan secara ‘one-off’ RM5,000 akan diberikan kepada setiap PDK yang dijangkan memberi manfaat kepada 1,094 orang pelatih OKU.
“Bantuan ini diberikan kerana golongan istimewa ini mempunyai hak dan peluang yang sama untuk menjalani kehidupan normal bersama masyarakat,” kata Aminuddin.