Berita

PPS Negeri Sembilan berkurangan kepada tujuh tempat

SEREMBAN: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Negeri Sembilan mencatatkan penurunan kepada tujuh tempat sahaja berbanding 20 sebelum ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, setakat jam 8:00 pagi tadi, daerah yang mempunyai PPS hanya di Jempol, Tampin dan Kuala Pilah sahaja.

“Sebanyak 300 ahli keluarga ditempatkan yang menjadikan jumlah mangsa adalah sebanyak 1,143 orang.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikut arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button