Berita

Golongan OKU terima bantuan berkala daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Golongan OKU, warga emas dan kurang berkemampuan sentiasa menerima perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

Gunasekaren berkata, beliau sentiasa menghulurkan bantuan barangan keperluan dapur dua bulan sekali kepada golongan yang memerlukan.

“Saya berharap bantuan berkala ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga yang terbabit,” kata Gunasekaren selepas menyerahkan bantuan tersebut kepada golongan terbabit di Taman Senangin dan Taman Seremban Jaya.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Puan Jamilah Said Ali; Pembantu Ahli Majlis MBS, Encik Minnal; Ahli Majlis Majlis Daerah Rembau, Cik Kamala dan Pengerusi DAP Cawangan Taman Senangin, Encik Selvakumaran.

Show More

Related Articles

Back to top button