BeritaMenarik

Gunasekaren beri ‘Duit Deepavali’ kepada persatuan teksi dan bas sekolah

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada beberapa individu, persatuan, PIBG dan NGO.

Gunasekaren berkata, beliau telah meyerahkan sumbangan RM1,000 kepada Persatuan Pengusaha Kereta Sewa Teksi dan Limosin Seremban sempena sambutan Deepavali pada 12 November ini.

“Saya juga menyerahkan RM300 kepada persatuan ini bagi Program Musical Charity Night.

“Manakala Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Teksi dan Kereta Sewa Bandar Lukut, Port Dickson dan Persatuan Pengusaha dan Pemandu Bas Sekolah Negeri Sembilan masing-masing menerima RM300 sempena sambutan Deepavali,” ujar beliau.

 

Show More

Related Articles

Back to top button