Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita

Gunasekaren dan Husin usaha tangani isu ternakan dan infrastruktur

RANTAU: Isu kawasan ternakan dan kemudahan infrastruktur di Kampung Muhibbah dan Taman Cempaka mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

Gunasekaren bersama Penyelaras DUN Rantau, Encik Husin Haroon; Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali dan Pengerusi MPKK Jalan Linsum Dato’ Ruhaizat Mustaffa telah mengadakan perbincangan dengan wakil penduduk.

“Tanah rizab JKR dijadikan sebagai tempat ternakan dan pertanian sejak 40 tahun lalu.

“Isu ini telah dijelaskan dengan terperinci kerana permohonan menduduki tanah dan mengusahakannya serta permohonan bekalan air dan elektrik sering ditolak oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.

“Tanah rizab terbiar yang dimiliki sesebuah jabatan kerajaan tidak boleh dimohon untuk tujuan ternakan dan pertanian tetapi perlu melalui beberapa proses bagi membolehkan kelulusan T.O.L diperolehi secara sah,” jelas Gunasekaren.

Gunasekaren berkata, isu aduan setempat seperti padang permainan, kerosakan longkang, jalan rosak, tanah runtuh dan sebagainya turut diambil perhatian.

“Aduan tersebut akan dirujuk kepada Majlis Bandaraya Seremban untuk tindakan selanjutnya.

“Setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaian.

“Apa pun hubungan baik dan komunikasi antara satu sama lain adalah salah satu cara pemuafakatan menyelesaikan masalah dengan lebih baik,” ujar beliau.

Turut hadir, Ahli Majlis Daerah Rembau, Encik Mohan; Pembantu Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Encik Yow; Pengerusi DAP Cawangan Jalan Rantau, Encik Nagendran dan Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Jalan Rantau, Encik Annamalai.

Show More

Related Articles

Back to top button