Menarik

Gunasekaren prihatin kemudahan tempat rekreasi Taman Bidara

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren prihatin terhadap kemudahan gelanggang bola keranjang yang telah uzur dan mengalami kerosakan di Taman Bidara.

Gunasekaren berkata, gelanggang ini menjadi tumpuan bagi warga emas di kawasan ini melakukan aktiviti Tai Chi.

“Selain itu, ia juga tumpuan bagi remaja di sini bermain bola keranjang.

“Saya akan membaik pulih gelanggang ini dengan membaiki kerosakan tiang gol, mengecat semula dan menambah bangku bagi kegunaan penduduk setempat.

“Saya akan menggunakan peruntukan P56 bagi kerja selenggara gelanggang ini,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button