Berita
Gunasekaren prihatin keselamatan penduduk Kg Baru Rahang
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, YB P.Gunasekaren prihatin akan keselamatan seorang penduduk di Kampung Baru Rahang.
Gunasekaren berkata, dinding rumah penduduk tersebut mengalami kerosakan.
“Perkara tersebut berlaku selepas kerja-kerja pecah tanah dan pembaikan paip pecah oleh pihak berwajib.
“Saya akan panjangkan aduan ini kepada pihak berwajib supaya tidak menjadi permasalahan yang lebih serius,” kata Gunasekaren.