Berita

Gunasekaren prihatin keselamatan penduduk Seremban Jaya

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren turun padang meninjau lokasi aduan pembinaan moonson drain di Kampung Sungai Gadut yang berhampiran dengan Taman Seremban Jaya.

Gunasekaren berkata, projek pembinaan monsoon drain ini mampu mengundang kejadian tanah runtuh dan hakisan tanah jika tidak ditambak.

“Saya mendapat aduan terdapat kesan retakan di rumah penduduk Taman Seremban Jaya yang berhampiran dengan pembinaan monsoon drain ini.

“Isu ini akan dipanjangkan kepada Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Seremban untuk siasatan dan tindakan susulan demi keselamatan penghuni,” ujar Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button