Berita

Gunasekaren santuni penduduk Taman Senangin dan Taman Seremban Jaya

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyantuni penduduk yang kurang berkemampuan di sekitar Taman Senangin dan Taman Seremban Jaya.

Gunasekaren berkata, aktiviti tersebut dilakukan bagi menziarahi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas, dan golongan kurang berkemampuan.

“Aktiviti ini dilakukan dua bulan sekali.

“Sumbangan barangan asas juga turut diberikan bagi membantu meringankan beban mereka,” kata Gunasekaren.

Turut hadir Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button