Berita
Gunasekaren santuni peniaga Pasar Awam Seremban Jaya
SEREMBAN JAYA: Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Seremban Jaya, YB Gunasekaren telah turun padang bagi menyantuni peniaga di Pasar Awam Seremban Jaya.
Gunasekaren berkata, aktiviti tersebut bagi mengeratkan hubungan bersama peniaga.
“Terdapat beberapa isu yang turut disampaikan kepada saya.
“Saya akan panjangkan isu ini kepada pihak berwajib supaya dapat memberikan keselesaan dan menjaga kebajikan peniaga di sini,” kata Gunasekaren.