RAMADHAN: Kenaikan elaun Guru KAFA daripada RM1,000 kepada RM1,150 sebulan meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh Guru-guru KAFA di Negeri Sembilan.
Encik Muhammad Zulhazim Zulkapli, 29, yang mengajar di Sekolah Agama Rakyat Masjid Sikamat berkata, kenaikan RM50 sebulan oleh Kerajaan Negeri Sembilan nampak seperti tidak banyak tetapi ianya penambahan RM600 untuk setahun.
“Walaupun jumlahnya tidak banyak tetapi ianya sedikit sebanyak meringankan beban dan masalah kos sara hidup yang ditanggung oleh Guru KAFA.
“Walaupun sedikit tetapi itu satu tanda penghargaan kepada Guru KAFA.
“Baru-baru ini Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga mengumumkan kenaikan elaun Guru KAFA sebanyak RM100 sebulan.
“Kedua-dua kenaikan ini dapat membantu menampung perbelanjaan Guru KAFA dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang ini.
“Jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Persekutuan di atas bantuan yang diberikan,” jelas Muhammad Zulhazim.