Berita
Guru menjadi role model kepada pelajar
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, guru perlu menjadi ‘role-model’ kepada para pelajar.
“Hal ini kerana kemurnian akhlak serta budi pekerti yang dipamerkan guru menjadi ikutan dan panduan kepada pelajar.
“Oleh itu, guru perlu memiliki sifat sopan santun, lembut tutur kata, berdisiplin dan memiliki ‘towering personality’.
“Dalam pada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga pendidik di Negeri Sembilan yang terus istiqamah menabur ilmu dan membugar keluhuran akhlak insan di ladang pendidikan yang subur ini,” kata Aminuddin.