Berita

Aminuddin beri satu standard kepada ahli politik: RAFIZI

SIKAMAT: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Rafizi Ramli berkata, hadirnya Aminuddin di dalam pentas politik negara memberi satu standard yang baharu kepada ahli politik termasuk beliau sendiri.

“Biar apa pun orang kata kepada Amin (Aminuddin), dia tetap senyum dan diam sahaja.

“Beliau hanya terus memberi tumpuan melakukan kerja sebagai Menteri Besar.

“Hal ini juga disebabkan kerana jasa pengundi-pengundi di Sikamat yang tetap mempertahankan beliau sehingga hari ini.

“Tokoh Menteri Besar seperti ini yang kita nak cari dalam arena politik negara untuk berhadapan dengan watak Menteri Besar yang angkuh dan biadab seperti Sanusi.

“Oleh itu, jasa pengundi di Sikamat yang mempertahankan beliau bukan sahaja jasa kepada Negeri Sembilan, tetapi jasa kepada seluruh rakyat Malaysia,” kata Rafizi.

Show More

Related Articles

Back to top button