Berita

Hadiah Kejohanan Bolasepak Piala Menteri Besar naik kepada RM10,000

SEREMBAN: Johan Kejohanan Bolasepak Piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, hadiah wang tunai bagi johan keseluruhan (peringkat negeri) dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM10,000.

“Manakala johan peringkat parlimen pula bakal menerima hadiah RM5,000 berbanding RM3,000 pada tahun lepas.

“Pembaharuan pada tahun ini, johan dan naib johan peringkat parlimen layak bertanding di peringkat akhir (negeri).

“Tahun lepas hanya johan sahaja layak ke peringkat akhir,” kata Mohamad Taufek pada majlis pelancaran kejohanan di Kediaman Menteri Besar Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button