Berita

Hampir 20,000 pengunjung raikan Hari Kemerdekaan di Seremban

SEREMBAN: Kira-kira hampir 20,000 orang pengunjung hadir bagi meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, terdapat pengunjung yang hadir seawal jam 5 pagi.

“Saya rasa sepanjang enam tahun menjadi Menteri Besar, sambutan kali ini memang luar biasa.

“Semangat patriotik yang ditonjolkan oleh masyarakat di sini amat mengkagumkan.

“Saya juga berharap agar semangat ini dapat ditanam supaya kekal subur untuk anak-anak kita,” kata Aminuddin.

Aminuddin turut tambah, sebanyak 84 kontinjen telah menyertai acara perbarisan pada kali ini.

“Ini merangkumi seramai 5,000 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, pentadbiran daerah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sekolah dan institut pengajian tinggi serta syarikat swasta,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button