Berita

Pesakit saraf disantuni Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyantuni seorang pesakit saraf, Encik Mazalan Othman di Fasa 10, Taman Seremban Jaya.

“Mazalan mengalami masalah saraf di tempat kerja pada awal bulan lepas dan disyorkan menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar dan seterusnya dirujuk ke Jabatan Neurosurgical di Hospital Kuala Lumpur.

“Beliau baru sahaja pulang ke rumah selepas menerima rawatan dan memerlukan bantuan kewangan, peralatan, susu, dan lampin pakai buang.

“Saya dan pihak Perkeso akan cuba membantu keluarga ini bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung ketika ini sementara permohonan bantuan ilat Perkeso diproses,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Pegawai Eksekutif Kanan Perkeso Seremban, Puan Noor Rislah Amon; Setiausaha MTUC Negeri Sembilan, Encik Norhisham Kudin, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali dan Pengerusi KRT Fasa 10, Taman Seremban Jaya, Encik Yusriy.

Show More

Related Articles

Back to top button