Berita

Hasan sumbang RM22,000 kepada SJKC Chung Hua

TAMPIN: Penyandang Parlimen Tampin, YB Dato’ Hasan Bahrom telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM22,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua.

Hasan berkata, sumbangan tersebut bagi membantu pihak sekolah melakukan penyelenggaraan dinding tembok luar sekolah.

“Dalam pada itu, saya juga turut memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM5,000 kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan untuk baik pulih garaj basikal pelajar.

“Sumbangan ini diberikan kerana telah diluluskan sebelum pembubaran parlimen tempoh hari.

“Semoga sumbangan ini dapat membangunkan institusi pendidikan di Parlimen Tampin di samping memberi keselesaan dan keselamatan kepada para pelajar,” kata Hasan.

Show More

Related Articles

Back to top button