Berita

Hutan Simpan Pasoh dibangunkan sebagai tapak penyelidikan antarabangsa

Tiada lesen pembalakan dikeluarkan Kerajaan Negeri

SEREMBAN: Hutan Simpan Pasoh di Jelebu seluas 1,800 hektar akan dibangunkan sebagai tapak penyelidikan hutan tropika antarabangsa.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah menjalinkan kerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk menjadikan Hutan Simpan Pasoh sebagai satu tapak antarabangsa untuk penyelidikan hutan tropika.

“FRIM telah memperuntukkan RM5.5 juta untuk tujuan penyelidikan tersebut.

“Hutan Simpan Pasoh tidak pernah diterokai, tiada aktiviti penebangan, ada hidupan liar.

“Pemandangan Hutan Simpan Pasoh ini cukup berpontensi untuk dijadikan tarikan pelancong pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Aminuddin turut mengumumkan tiada lesen pembalakan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk tahun ini.

Show More

Related Articles

Back to top button