Menarik

Bakri santuni Persatuan Taiji Qi Gong 18 Gaya

KLAWANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) YB Dato’ Ir.Bakri Sawir, telah melepaskan ahli-ahli Persatuan Taiji Qi Gong 18 Gaya Kuala Klawang ke Cameron Highlands sempena lawatan sambil belajar persatuan berkenaan.

Terlebih dahulu Bakri telah menghadiri program senaman Taiji bersama ahli persatuan di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat DUN Klawang.

“Di samping menjalankan aktiviti hidup sihat, persatuan ini juga berperanan menjadi penghubung antara kaum Cina di Kuala Klawang dengan pihak kerajaan melalui Pusat Khidmat Rakyat DUN Klawang.

“Persatuan ini sentiasa membantu saya bagi menjalankan program melibatkan masyarakat Tionghua.

“Saya amat berbesar hati dapat menyokong aktiviti ahli persatuan dan membantu mereka dengan memberi sumbangan kewangan yang sepatutnya.

“Saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” kata Bakri.

Show More

Related Articles

Back to top button