SIKAMAT: Para ibu bapa menzahirkan penghargaan apabila menerima bantuan kewangan untuk membantu anak-anak mereka yang masih belajar.
Encik Bala yang merupakan penerima Bantuan Anak Sekolah (BAS) berkata, bantuan kewangan ini perlu diteruskan lagi.
“Ianya kerana dapat membantu beliau untuk membeli barangan sekolah anaknya seperti baju sekolah dan peralatan lain.
“Saya amat berterima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.
“Saya juga berpendapat agar bantuan kewangan ini dapat diteruskan lagi dalam Belanjawan 2024 yang akan datang,” kata Bala.
Dalam pada itu, Puan Ida yang mewakili anaknya menerima Bantuan Institut Pengajian Tinggi (IPT) turut berharap agar inisiatif ini dapat diteruskan lagi.
“Hal ini kerana bantuan yang diberikan dapat mengurangkan beban dan membantu anak saya untuk membeli barangan keperluannya di asrama.
“Saya rasa bersyukur apabila menerima bantuan ini,” ujar beliau.