Berita

Peruntukan RM2 juta bagi Sekolah Tahfiz, SJKC, SJKT dan Sekolah Swasta

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan melalui Inisiatif Bantuan Sekolah Tahfiz, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Swasta yang diumumkan dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2022; telah menyalurkan dana berjumlah RM300,000 kepada Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban dan Sekolah Menengah Chung Hua Port Dickson.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, ini adalah tahun ketiga pelaksanaan inisiatif tersebut.

“Saya mendapat maklum balas bahawa sumbangan yang disalurkan berjaya meningkatkan moral dan mutu pembelajaran di sekolah masing-masing.

“Secara keseluruhannya sejumlah RM2,000,000 telah diperuntukkan untuk perlaksanaan inisiatif ini.

“Besarlah harapan saya agar inisiatif tersebut dapat memainkan peranan dalam memperkasa Sekolah Tahfiz, SJKC, SJKT dan Sekolah Swasta,” kata Aminuddin selepas menyampaikan sumbangan tersebut kepada wakil-wakil sekolah di Kediaman Rasmi.

Show More

Related Articles

Back to top button