Berita

Intervensi bersama pelajar SK Tekir usaha murni bantu Orang Asal dalam pendidikan

LABU: Program Intervensi Kellanova bersama Sekolah Kebangsaan Tekir adalah usaha murni membantu masyarakat Orang Asal dalam bidang pendidikan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, program sebegini adalah bagi menggalakkan kehadiran murid ke sekolah.

“Saya amat menyokong usaha yang dilakukan ini bagi memastikan anak-anak saya di SK Tekir ini tidak tertinggal dalam bidang pendidikan.

“Saya juga berharap agar dapat melihat anak-anak saya di sini menjadi pegawai kerajaan suatu masa nanti.

“Dalam pada itu, saya juga ingin menyeru kepada ibu bapa supaya galakkan anak mereka sekolah kerana pelaburan paling berharga adalah pendidikan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button