TAMPIN: Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Mohd Isam Mohd Isa menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah RM23,000 kepada beberapa NGO, agensi dan pertubuhan penduduk untuk menjalankan aktiviti di kawasan masing-masing.
“Sumbangan juga diserahkan kepada tiga agensi untuk menaik taraf kemudahan pelancongan dan rekreasi setempat.
“Saya juga menyerahkan sumbangan kewangan kepada seorang pelajar Muhammad Fahmi Aiman yang akan melanjutkan pengajian di University of Otago, New Zealand di bawah Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Lepasan Program Matrikulasi 2023.
“Tahniah Adik Muhammad Fahmi di atas segala usaha, penat lelah dan ketekunannya. Semoga kecemerlangan Adik ini menjadi contoh kepada pelajar lain,” kata Mohd Isam.