BeritaMenarik

Pusat perniagaan akan dibina di Simpang Pertang dengan kos RM3.8 juta

PERTANG: Sebuah pusat perniagaan atau ‘one-stop centre’ akan dibina di Simpang Pertang bagi membangunkan golongan peniaga khususnya usahawan Bumiputera.

Exco (Kanan) Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi Negeri Sembilan, YB Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pusat perniagaan itu akan dibina di atas tanah milik kerajaan seluas 0.8 hektar dengan kos pembinaan berjumlah RM3.8 juta menerusi peruntukkan MARA.

“Pembinaan pusat perniagaan ini akan bermula pada awal tahun depan.

“Ketika ini saya sedang meneliti pelan dan konsep bangunan yang akan dibina itu dan apabila siap, pusat perniagaan ini akan menjadi tempat usahawan sekitar Parlimen Jelebu untuk berniaga.

“Kerja pembersihan tapak sudah dimulakan dan kita berharap pusat perniagaan ini apabila siap kelak, akan merancakkan sektor ekonomi di Simpang Pertang,” kata Jalaluddin yang juga ADUN Pertang.

Jalaluddin berkata demikian di majlis Penyampaian Dana Projek Mesra Rakyat (PMR) di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jelebu.

Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, pusat perniagaan itu juga akan berperanan menjadi lokasi pemasaran pelbagai produk industri kampung dan industri kecil di Parlimen Jelebu.

Show More

Related Articles

Back to top button